Kuala Lumpur: Dr Roket menyasarkan untuk membantu 150,000 pelajar pascasiswazah menerusi platform pembelajaran digital Roket Valley menjelang 2030 bagi memperluas akses kepada panduan dan bimbingan akademik.

Pengarah Urusan 2M World Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Khairul Nizam Zainan Nazri berkata, platform itu dibangunkan bagi memudahkan pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) mendapatkan panduan serta sokongan untuk menyiapkan tesis.

Katanya, menerusi platform itu, pelajar boleh mendapatkan panduan awal untuk memulakan pengajian dengan lebih terarah tanpa perlu menunggu kelas bersemuka.

"Lebih istimewa, buat masa ini kami menawarkan akses percuma kepada platform ini bagi membolehkan pelajar mendapatkan bimbingan awal untuk merancang perjalanan pengajian Sarjana atau PhD.