KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sedang memantau perkembangan nahas dua kereta api berkelajuan tinggi di Sepanyol, hari ini, yang dilaporkan meragut nyawa dan mencederakan penumpang.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan, setakat ini kedutaan belum menerima pengesahan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas dalam kejadian berhampiran Urda, Toledo.

Katanya, kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa Sepanyol dan pengendali perkhidmatan kereta api bagi memastikan sama ada terdapat rakyat Malaysia dalam kalangan penumpang.

"Pada peringkat awal ini, pihak kedutaan masih belum menerima pengesahan mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat insiden terbabit.