MADRID: Beberapa individu dilaporkan cedera dalam perlanggaran membabitkan dua tren berkelajuan tinggi di Sepanyol, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik perkhidmatan kecemasan 112, hari ini.
Menurut laporan media, kemalangan itu berlaku sejurus sebelum jam 9 pagi (0800 GMT) antara bandar Urda dan Orgaz di wilayah Toledo, tengah Sepanyol.
Sumber daripada agensi rangkaian kereta api ADIF, memberitahu media tempatan bahawa sebuah tren berkelajuan tinggi menghentam bahagian belakang sebuah lagi tren ketika kedua-duanya menuju ke selatan, ke arah Andalusia.
Stesen penyiar RTVE melaporkan bahawa dua gerabak daripada sebuah tren itu terhumban ke bawah tebing.









