KUALA LUMPUR: Anak syarikat tidak langsung milik penuh Ann Joo Resources Bhd (AJR), IAC Infrastructure Sdn Bhd (IACI) telah memeterai perjanjian subkontrak bernilai RM61.89 juta.

Perjanjian berkenaan merujuk kepada pembangunan loji fotovoltaik (PV) solar berskala besar dengan kapasiti kira-kira 100 megawatt arus ulang-alik (MWac) di kawasan wilayah utara.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menyatakan bahawa IACI pada 2 Oktober 2026 telah menandatangani perjanjian dengan kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) sebagai subkontraktor bagi melaksanakan reka bentuk dan pembinaan secara siap guna.

Selain itu, syarikat akan melaksanakan ujian dan pentauliahan fasiliti penyambungan tara dan kerja-kerja talian penghantaran bagi projek berkenaan.