KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN), hari ini memeterai perjanjian persefahaman politik dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, bulan depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perjanjian itu ditandatangani beliau mewakili BN, manakala PN diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan disaksikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Asyraf Wajdi berkata, perjanjian yang ditandatangani di Menara Dato Onn, petang tadi itu diabsahkan pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini, selain MKT turut bersetuju BN dan PN melancarkan Manifesto Pilihan Raya bersama, dijangka pada Sabtu ini selepas proses penamaan calon PRN Melaka.