KUALA LUMPUR: Asian Pac Holdings Bhd (APHB) telah memeterai perjanjian dengan KotaSAS Sdn Bhd untuk membeli 8.69 hektar tanah pajakan di Kuantan, Pahang bernilai RM42.09 juta dan menjalankan pembangunan komersial bersebelahan dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM281.3 juta.
Kumpulan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, anak syarikat milik penuhnya, Wangsa Masyhur Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian jual beli untuk pengambilan tanah itu, manakala sebuah lagi anak syarikat milik penuh, Everest Pioneer Sdn Bhd telah memeterai perjanjian pembangunan bersama (JDA) meliputi kira-kira 11.41 hektar.
Petak bersebelahan yang berkeluasan lebih kurang 20.10 hektar dalam perbandaran KotaSAS, akan membolehkan kumpulan itu melaksanakan pembangunan bersepadu yang terdiri daripada pusat beli-belah dan lot kedai komersial









