Kuala Lumpur: Matrix Concepts Holdings Bhd (Matrix Concepts) memperkukuh pengembangan perniagaannya di Johor menerusi cadangan pengambilalihan 57 bidang tanah pegangan bebas seluas 174.8 hektar di Sengkang, Mukim Senai, Kulai, dengan nilai tunai RM169.3 juta.

Cadangan pengambilalihan itu menjadi sebahagian daripada strategi kumpulan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan geografi secara berperingkat, selain mengurangkan kebergantungan kepada pasaran sedia ada.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, pengembangan itu mencerminkan pendekatan berdisiplin kumpulan dalam mengenal pasti pasaran berpotensi tinggi bagi menyokong pertumbuhan pendapatan yang mampan untuk jangka panjang.