Georgetown: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sudah menasihati perunding projek pembangunan yang dikaitkan dengan kejadian tanah runtuh kelmarin supaya mengambil langkah berjaga-jaga di kawasan cerun sejak Ogos lalu.

Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk A Rajendran, berkata nasihat itu diberikan susulan lawatan pihak majlis ke tapak berkenaan sebelum surat mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil dikeluarkan.

"Kami menasihati perunding berkenaan pada Ogos selepas lawatan ke tapak dan membuat susulan melalui surat mengenai langkah yang perlu diambil di lokasi.

"Mereka sudah melaksanakan langkah-langkah yang dikehendaki," katanya ketika dihubungi hari ini.