Keadaan di Taman Seri Permai, Paya Terubong susulan kejadian tanah runtuh semalam. (Gambar Facebook)GEORGE TOWN: Kawasan cerun di Taman Seri Permai, Paya Terubong yang runtuh semalam sehingga mengorbankan seorang doktor tidak menunjukkan tanda berisiko runtuh semula selepas hujan berhenti malam tadi.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), A Rajendran, berkata pemantauan rapi masih perlu dilakukan kerana hujan berterusan boleh melemahkan struktur tanah dan meningkatkan risiko kejadian itu berulang di kawasan terbabit.
"Pihak pemaju mengalihkan paip air ke lokasi lebih selamat kerana air dari bukit sebelum ini tidak disalurkan melalui saluran sepatutnya dan memasuki kawasan berhampiran tapak.








