Lebih 40.47 hektar sawah di Kompatmen C di Parit Teluk Pial hingga Parit Abas di Kuala Kurau di sini terjejas akibat air bertakung susulan parit buang yang tidak diselenggara sekali gus mengancam benih padi yang baru ditabur.
Key takeaways
Lebih 40 hektar sawah di Kuala Kurau, Parit Buntar, terjejas akibat air bertakung susulan parit buang sepanjang lima kilometer tidak diselenggara. Pesawah mendesak tindakan segera kerana tanaman muda berisiko tenggelam.
- Parit buang sepanjang lima kilometer tidak diselenggara sehingga menghalang aliran air keluar dari petak sawah.
- Pesawah menghubungi agensi berkaitan tetapi dimaklumkan terdapat kekangan peruntukan untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan.
- Rumput yang tumbuh di dalam parit menyukarkan usaha mengeringkan sawah yang mempunyai tanaman berusia kurang dua minggu.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
PARIT BUNTAR – Lebih 40.47 hektar sawah di Kompatmen C di Parit Teluk Pial hingga Parit Abas di Kuala Kurau di sini terjejas akibat air bertakung susulan parit buang yang tidak diselenggara.
Wakil pesawah, Abdul Baharin Mat Desa, 60, berkata, keadaan itu membimbangkan petani berikutan hujan berterusan ketika sebahagian tanaman masih berusia kurang dua minggu.
Menurutnya, parit buang sepanjang kira-kira lima kilometer itu didakwa tidak diselenggara sepenuhnya sehingga menghalang air keluar dari petak sawah, manakala kerja membersihkannya di luar kemampuan petani untuk dilaksanakan secara bergotong-royong.