MELAKA: Seramai 306 pelajar Kolej Yayasan Saad Melaka (KYS) di sini merupakan antara 1,717 pelajar dari seluruh negeri Melaka yang menerima Anugerah Perak dan Gangsa di bawah program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dalam satu majlis berprestij yang diadakan di Kolej Yayasan Saad baru-baru ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Exco Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka Datuk V. P. Shanmugam.

Majlis tersebut diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada pelajar yang telah berjaya melengkapkan aktiviti dan cabaran yang ditetapkan di bawah program ARPRM.

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) merupakan program pembangunan belia kebangsaan di Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan.