KUALA LUMPUR: MCA berharap isu pengagihan kerusi dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dapat diselesaikan dalam masa terdekat selepas pertemuan antara pemimpin kedua-dua pihak malam tadi.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang mengesahkan pertemuan itu berkata, kedua-dua pihak masih perlu meneruskan perbincangan bagi menyelesaikan perkara itu.
"Berhubung kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan hasil pertemuan itu sebagai perkembangan 'positif' saya berpandangan kita masih belum mencapai matlamat terbabit.
"Adalah terlalu awal untuk menyifatkan hasil pertemuan itu sebagai positif pada peringkat ini.









