BAKU: Skuad bawah 15 tahun (B-15) England bertindak keluar dari padang ketika perlawanan Piala Dunia mereka menentang Ireland berikutan dakwaan insiden perkauman.
Pengendali skuad Young Lions, Matt Thorpe menarik keluar pemainnya pada minit ke-40 dalam perlawanan petang Isnin itu.
The Daily Mail melaporkan bahawa seorang pemain England mendakwa seorang pemain lawan didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadapnya.
Seorang kakitangan kejurulatihan Ireland dilaporkan menjerit 'tidak, dia tidak cakap begitu' manakala pemain England itu membalas bantahan terbabit.









