RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di sini bagi membantu siasatan berhubung rampasan dadah di sebuah premis kurier pada Sabtu.Kedua-dua suspek masing-masing berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan dalam Op Taring Wawasan pada Isnin dan awal pagi Selasa.Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek pertama berusia 27 tahun ditahan di tepi jalan Taman Bakti kira-kira jam 7.30 malam."Suspek memaklumkan bahawa seorang wanita warga Thailand memintanya membantu menghantar bungkusan yang diambil di pangkalan haram Gergaji."Suspek mendakwa meminta bantuan seorang individu lain yang tinggal di Kedai Lama Rantau Panjang untuk membawa bungkusan itu ke sebuah syarikat kurier bagi urusan penghantaran," katanya kepada pemberita pada Selasa.Sebelum itu media melaporkan pada Ahad, cubaan menyeludup dadah menggunakan perkhidmatan kurier dipatahkan PGA selepas merampas tujuh parcel mengandungi ganja, bunga ganja dan rokok elektronik berisi minyak kanabis.Rampasan jam 1.30 petang itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan melibatkan tiga kilogram (kg), bunga ganja (56 gram) dan 10 kotak rokok elektronik mengandungi minyak kanabis.Menurut beliau, suspek pertama memaklumkan menerima upah RM200 bagi urusan berkenaan.Ahmad Radzi memberitahu, susulan itu, seorang lagi suspek telah ditahan di tempat letak kereta Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada jam 2 pagi, Selasa.Ujarnya, suspek kedua memaklumkan bahawa dia dihubungi individu dikenali sebagai Bulan, iaitu suspek pertama, untuk membantu menghantar bungkusan ke premis kurier berkenaan."Dalam serbuan itu, PGA turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dianggarkan bernilai RM50,000. Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut," katanya.Ahmad Radzi memberitahu, saringan air kencing mendapati suspek berusia 30 tahun positif amphetamine.Tambahnya, pemantauan akan terus dipergiatkan bagi memastikan tiada aktiviti jenayah dan penyeludupan dadah berlaku di sepanjang kawasan sempadan negara.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan rampasan dadah di premis kurier

Key takeaways
Dua lelaki ditahan dalam siasatan rampasan dadah di premis kurier oleh PGA.
- Pasukan Gerakan Am menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan.
- Suspek ditahan dalam Op Taring Wawasan dan membantu siasatan rampasan dadah.
- Tujuh parcel dadah dirampas termasuk ganja dan rokok elektronik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Dua lelaki ditahan bantu siasatan rampasan dadah di premis kurier (this story)









