SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berpandangan terlalu awal untuk menganggap rundingan antara Barisan Nasional (BN) dan parti itu berhubung pengagihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mencapai perkembangan positif.Beliau berkata, kedua-dua pihak masih perlu meneruskan perbincangan bagi mencari titik penyelesaian berhubung ketidakpuasan hati MCA terhadap pengagihan kerusi pada pilihan raya berkenaan.Ka Siong turut berharap penyelesaian dapat dicapai dalam tempoh satu atau dua hari lagi berhubung isu pengagihan kerusi tersebut."Berhubung kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan hasil pertemuan itu sebagai perkembangan 'positif', saya berpandangan bahawa kita masih belum mencapai matlamat tersebut."Adalah terlalu awal untuk menyifatkan hasil pertemuan itu sebagai positif pada peringkat ini," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Selasa.Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, tiada isu berhubung kemungkinan MCA menarik diri daripada bertanding pada PRN Melaka, sebaliknya pertemuan antara pimpinan parti itu berlangsung secara positif.Dalam pada itu, Ka Siong memberitahu, sebarang keputusan mengenai langkah MCA seterusnya serta pendirian muktamad parti berhubung PRN Melaka akan dibincangkan dan diputuskan secara kolektif oleh kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.Mengulas pertemuan bersama pimpinan BN pada malam Isnin, Presiden MCA itu mengesahkan beliau bersama seorang lagi pemimpin MCA bertemu Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Kongsinya, pertemuan yang berlangsung atas arahan Dr Ahmad Zahid itu bermula kira-kira jam 11 malam dan berakhir sekitar jam 1 pagi.Beliau mengakui, pertemuan berkenaan berlangsung dalam suasana tenang dan mesra tanpa sebarang pertengkaran, namun MCA menyatakan dengan jelas rasa tidak puas hati parti itu terhadap pengagihan kerusi PRN Melaka."MCA sentiasa berpegang pada prinsip dengan mengemukakan fakta, hujah secara rasional dan mengadakan perbincangan secara berhemah. Apabila timbul perbezaan pendapat, kami berusaha menyelesaikannya melalui rundingan dan dialog," katanya.
'Terlalu awal kata keputusan hasil pertemuan BN-MCA positif' - Ka Siong

Key takeaways
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menganggap terlalu awal untuk menyifatkan rundingan BN-MCA sebagai positif.
- Ka Siong menyatakan bahawa rundingan masih perlu diteruskan untuk mencari penyelesaian.
- Beliau berharap penyelesaian dapat dicapai dalam satu atau dua hari.
- MCA akan membuat keputusan secara kolektif mengenai langkah seterusnya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pertemuan Umno, MCA: Zahid kata positif, Wee kata terlalu awal
- Sinar Harian 'Terlalu awal kata keputusan hasil pertemuan BN-MCA positif' - Ka Siong (this story)









