ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas membelasah kelab dari Thailand, Port FC 3-0 dalam aksi kumpulan Zon Timur Liga Juara- Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Xisco Munoz mengumpul tujuh mata dan melonjak ke tangga kedua kumpulan Zon Timur buat seketika manakala skuad kendalian Bozidar Bandovic masih dengan tanpa sebarang mata selepas tewas kali ketiga berturut-turut.

JDT melakukan serangan menerusi kapten, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-11 yang bergerak secara solo sebelum masuk ke dalam kotak penalti namun bola sepakan lintang gagal disambat Shahab Zahedi yang sekadar melihat melintas di depannya.