KUALA LUMPUR: Perkongsian pelakon, Fasha Sandha menerusi hantaran di Instagram Storynya mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai hubungan bersama adiknya yang juga pelakon, Elisya Sandha.
Pemilik nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 42, bertanya pandangan orang ramai sama ada pernah berdepan situasi apabila adik-beradik sendiri memungkiri janji.
"Family is everything (Keluarga adalah segalanya). Kalau janji, kena tepati kan?
"Pernah tak adik-beradik sendiri mungkir janji? Kalau nak merajuk adik-beradik ok ke, atau anak kedua ni asyik kena mengalah je?






