Mexico City: Selepas penantian 73 tahun, Itali berpeluang menyaksikan kelahiran juara dunia Formula Satu (F1) baharu menerusi Kimi Antonelli yang bakal mengikut jejak legenda negara itu, Alberto Ascari.
Pemandu Mercedes berusia 20 tahun itu berpeluang menjadi juara dunia Itali pertama sejak Ascari merangkul gelaran keduanya bersama Ferrari pada 1953, sekali gus mengakhiri penantian panjang negara yang pernah melahirkan beberapa nama besar dalam sukan permotoran.
Sebelum Ascari, Giuseppe 'Nino' Farina mencipta sejarah sebagai juara dunia F1 pertama apabila memenangi gelaran sulung pada 1950 bersama Alfa Romeo.
Namun, bagi Antonelli, nama Ascari bukan sekadar catatan dalam buku sejarah, sebaliknya lambang legasi yang masih terpahat dalam dunia permotoran Itali hingga hari ini.









