Kuala Lumpur: Pakatan Harapan (PH) setakat ini kekal bertanding di 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan pimpinan gabungan itu.

Pengarah Komunikasi PH Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata PH akan memberikan tumpuan kepada kerusi yang telah diumumkan.

"Kita telah umumkan 21 kerusi. Sekiranya ada apa-apa perubahan, kita serah kepada pimpinan untuk umumkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Sumbangan Deepavali Parlimen Lembah Pantai di IWK Eco Park@Pantai Dalam, malam ini.

Beliau berkata PH akan membuat pertimbangan berdasarkan kemampuan dan keupayaan gabungan itu sendiri, selain mengambil kira faktor strategik dan taktikal dalam menentukan penyertaan pada PRN berkenaan.