Wee Ka Siong berkata fokus utama MCA kini untuk bantu BN memenangi sebanyak mungkin kerusi pada PRN Melaka.KUALA LUMPUR: MCA akur dengan peruntukan dua kerusi dan memutuskan untuk kekal bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka, 14 Nov depan.

Kerusi berkenaan adalah Kelebang dan Machap Jaya yang akan dipertahankan penyandangnya Lim Ban Hong serta Ngwe Hee Sem.

Presiden MCA Wee Ka Siong berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi parti hari ini, susulan rundingan dengan rakan komponen BN termasuk Pengerusinya Zahid Hamidi.

“Kita dalam BN ibarat adik-beradik. Kita memang saling membantu antara satu sama lain dan mempunyai sejarah panjang dalam BN.