SHAH ALAM – MCA akur untuk bertanding di dua kerusi yang diperuntukkan Barisan Nasional (BN) kepada parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadual berlangsung pada 14 November ini.Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Majlis Presiden MCA bersama Jawatankuasa Pusat parti pada Rabu.Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi mencari penyelesaian terhadap isu pembahagian kerusi yang timbul sejak beberapa hari lalu.Menurutnya, pertemuan tersebut menunjukkan perkembangan yang positif apabila pandangan MCA didengar dan representasi masyarakat Cina melalui parti itu diberi jaminan tidak akan dipinggirkan.Katanya, MCA akan terus memberikan komitmen penuh kepada BN serta menumpukan usaha bagi memastikan kemenangan calon parti dan gabungan pada pilihan raya berkenaan.AKAN MENYUSUL