SHAH ALAM - Semua elemen Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) sedia digerakkan bagi melaksanakan operasi bersepadu untuk menangani isu koloni warga asing.Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya sentiasa memantau dan bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi melaksanakan penguatkuasaan secara bersepadu dengan lebih berkesan."Pihak jabatan mengenal pasti beberapa kawasan panas, namun fokus utama kita adalah di sempadan khususnya tempat atau laluan tikus kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI)."Namun, apabila berkaitan isu koloni atau penempatan ini, kita sedia buat secara bersepadu dengan agensi lain," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Laporan eksklusif Sinar Harian mendedahkan kewujudan koloni warga asing dikatakan masih 'aktif' menjalankan aktiviti perniagaan selain terdapat dakwaan kegiatan perjudian serta aktiviti tidak bermoral di hentian bas lama Klang dikenali sebagai 'Bus Stand Klang'.Kebimbangan turut disuarakan penduduk tempatan yang mendakwa kawasan berkenaan seolah-olah 'dikuasai' warga asing selain dipercayai terdapat penggunaan lesen perniagaan milik warga tempatan.Penduduk tempatan juga menganggap warga asing terbabit seolah-olah berani mencabar undang-undang biarpun lokasi itu pernah digempur pada Julai lalu.Justeru, Mohd Yusri menegaskan pihaknya sedia menggerakkan semua elemen bagi membantu agensi berkaitan."Kita mengalu-alukan maklumat orang ramai untuk disalurkan kepada polis bagi tindakan lanjut," ujarnya.
JKDNKA sedia gempur koloni warga asing

Key takeaways
JKDNKA menyatakan kesiapsiagaan untuk melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi lain bagi menangani koloni warga asing, dengan tumpuan utama di kawasan sempadan dan laluan kemasukan pendatang asing tanpa izin.
- JKDNKA mengenal pasti kawasan panas dan laluan tikus kemasukan PATI sebagai fokus utama penguatkuasaan.
- Laporan mendedahkan aktiviti perniagaan dan dakwaan perjudian di hentian bas lama Klang yang dikaitkan dengan warga asing.
- Penduduk tempatan mendakwa kawasan tersebut dikuasai warga asing dan menggunakan lesen perniagaan milik orang tempatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Imigresen, JPJ `gempur' Janda Baik, kesan warga asing
- Berita Harian Imigresen 'gempur' Janda Baik, tahan 65 warga asing
- Malaysiakini (BM) Muhyiddin 'sokong' subsidi warga asing: MCMC masih tunggu keputusan AGC
- Sinar Harian JKDNKA sedia gempur koloni warga asing (this story)








%2Ffile%2F1044%2F85e506ba86855c10f2cd1f55c34f250b.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)