KUALA LUMPUR: Maxis Bhd hari ini tidak menafikan atau mengesahkan laporan media mengenai kemungkinan langkah penggabungan, namun mengakui sentiasa meneliti sebarang peluang strategik dan kerjasama yang mampu menyuntik nilai tambah kepada syarikat itu.
Syarikat telekomunikasi itu memaklumkan sedemikian sebagai maklum balas terhadap laporan media kewangan Bloomberg hari ini mengenai kemungkinan penggabungan Maxis dengan U Mobile Sdn Bhd.
"Jika ada sebarang perkembangan korporat yang penting, kami akan mengumumkan sewajarnya kepada pasaran pada masa yang sesuai," maklum Maxis terhadap pertanyaan Bernama.
Mengikut maklumat di laman sesawang, Maxis mempunyai modal pasaran kira-kira AS$6.7 bilion hingga AS$6.9 bilion (RM27.2 bilion hingga RM28.3 bilion) setakat Oktober 2026.










