KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) memohon kebenaran Mahkamah Tinggi di sini, untuk memulakan prosiding komital terhadap Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS), berhubung tindakan membatalkan pendaftaran gabungan itu ketika permohonan semakan kehakiman masih berjalan.

PN mendakwa, tindakan RoS itu sebagai satu bentuk penghinaan mahkamah kerana dibuat sebelum permohonan penangguhan didengar.

Permohonan itu difailkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bersama empat pemimpin lain iaitu Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian People's Party, Sathes Kumar Nilamaham; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Sazmi Miah selaku pemohon.