WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini berkata pertemuan antara Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy akan diatur dalam masa terdekat.
Selain itu, beliau tidak menolak kemungkinan AS melancarkan serangan lanjut terhadap Iran selepas pilihan raya pertengahan penggal minggu depan.
Bercakap kepada media selepas pulang daripada perhimpunan kempen di Texas, beliau Trump berkata, beliau sudah membincangkan kedua-dua konflik itu bersama Setiausaha Negara, Marco Rubio dan Utusan Khas, Steve Witkoff, ketika berada dalam pesawat Air Force One, lapor Anadolu Ajansi.
"Saya rasa kita mencapai banyak kemajuan dalam isu Russia-Ukraine. Satu pertemuan akan diatur tidak lama lagi," katanya.









