SERIAN – Seorang lelaki berusia 46 tahun ditemukan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di dalam tandas sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Batu 32, Jalan Baki Lama, di sini, hari ini.
Mangsa, Mohd Faizal Muhammad Isa, ditemukan oleh anggota bomba yang menjalankan operasi menyelamat susulan panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian tiba di lokasi pada pukul 4.43 petang sebelum membuka pintu tandas menggunakan peralatan khas.
“Selepas pintu berjaya dibuka, mangsa didapati terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.






