Ahli keluarga dan penyokong Noorizwan Zulkefly berarak ke Parlimen pagi tadi untuk menuntut keadilan atas kematiannya dalam tahanan polis.KUALA LUMPUR: Lawyers for Liberty (LFL) dan keluarga Noorizwan Zulkefly mengulangi gesaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan susulan kematian lelaki itu dalam tahanan bulan lalu.

Hasil bedah siasat Noorizwan dilaporkan menemui 21 kecederaan serius, termasuk pendarahan otak menyeluruh, pendarahan dalaman di abdomen serta bengkak dari tengkorak hingga tapak kaki.

Kira-kira 100 orang berarak dari Taman Tugu ke Parlimen pagi tadi bagi menuntut keadilan buat Noorizwan, selain mendesak IPCMC ditubuhkan bagi menggantikan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sedia ada.