Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan Ahmad Suhaimi Abdul Halim, Raja Shazreen Petra Raja Azman Shah dan Haziq Aiman Shamsuddin masing-masing diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin.PETALING JAYA: Tiga pengarah sebuah syarikat aeroangkasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memalsukan borang pemindahan saham Mei lalu.

Tiga pengarah Petra X5 Sdn Bhd – Ahmad Suhaimi Abdul Halim, 44; Raja Shazreen Petra Raja Azman Shah, 32; dan Haziq Aiman Shamsuddin, 28 – mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Amira Sariaty Zainal.

Mereka didakwa secara bersama memalsukan borang pemindahan saham bertarikh 16 Feb lalu di pejabat Petra X5 Sdn Bhd di Jalan PJU 1A/42B, Ara Damansara pada 12 Mei lalu.