Setiap kali tiba musim pilihan raya kampus, universiti bukan sekadar menyaksikan persaingan merebut kerusi kepimpinan, tetapi turut meraikan ruang demokrasi yang menjadi hak dan tanggungjawab mahasiswa.
Pilihan raya kampus bukan sekadar memilih siapa yang bakal memimpin, tetapi menentukan suara siapa yang akan diangkat, gagasan apa yang akan diperjuangkan dan ke mana arah tuju mahasiswa pada masa hadapan.
Namun, demokrasi tidak bermakna sekiranya mahasiswa sendiri memilih untuk tidak mengambil bahagian.
Dalam keghairahan berkempen, mahasiswa perlu bijak menilai calon berdasarkan gagasan, kemampuan, integriti dan komitmen mereka terhadap kebajikan mahasiswa. Jangan biarkan populariti, sentimen kelompok atau perbezaan pandangan mengatasi pertimbangan yang rasional.







