KUALA LUMPUR: Kes Allahyarham Noorizwan Zulkefly, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sudah diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihak polis sudah mengenal pasti satu seksyen mengikut Kanun Keseksaan untuk menjadi hala tuju siasatan.
"Di pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita tidak pernah kompromi terhadap pelanggaran, sekiranya ada, sekalipun membabitkan penguatkuasa undang-undang.
"Tiada sebarang usaha atau tindakan percubaan untuk menutup kes ini selepas kita mengambil alih," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi KDN, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.








