Kuala Lumpur: Orang ramai terutama peminay muzik yang tidak dapat hadir ke Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru 2026 pada 31 Oktober dan 1 November ini boleh menikmati kemeriahannya secara langsung menerusi platform Tonton.

Hanya dengan bayaran RM3 untuk pas strim langsung dua hari, orang ramai berpeluang menyaksikan persembahan barisan artis tempatan dari rumah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Menerusi format Pay-Per-View (PPV), Tonton dibawakan khas bagi memberikan pengalaman menonton konsert terus ke skrin televisyen untuk mengikuti kehangatan acara berkenaan secara eksklusif.

Pas PPV dijual bermula hari ini menerusi aplikasi Tonton atau laman web rasmi Tonton, sekali gus memudahkan peminat membuat persediaan awal bagi menikmati persembahan sepanjang dua malam konsert terbabit.