Bukit Jalil : Pelakon jelita, Sophia Albarakbah, 33, menyifatkan rakan baiknya iaitu pelakon, Siti Khadijah Halim, 29, seorang yang sangat baik, ceria dan sentiasa bersedia memberikan semangat.
Bagaimanapun, Sophia memaklumkan dia memahami situasi dan perasaan Siti Khadijah atau mesra disapanya Siti yang meluahkan perasaan kecewa kerana dikecam netizen di media sosial.
"Saya faham perasaan dia (Siti Khadijah). Sebab, saya pun pernah berada di situasi kena kecam di media sosial akibat beberapa isu terjadi, malah selalu pun saya dikecam. Tetapi, daripada kecaman itu buat saya lebih kuat.
"Jadi, memang saya harap sangat Siti terus kuat. Sebelum ini, waktu saya kesusahan dan berada dalam keadaan 'down', Siti juga sentiasa ada di sisi untuk menaikkan semula semangat saya.









