Georgetown: Kementerian Kewangan (MoF) menyekat sebuah stesen minyak di Sungai Buaya, Nibong Tebal daripada menjual petrol RON95 dan diesel bersubsidi di bawah Budi Madani selepas mengesan transaksi mencurigakan yang disyaki melibatkan penyalahgunaan subsidi.

MoF dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan terhadap rekod transaksi stesen minyak itu mendapati lebih 1,000 transaksi menggunakan kaedah pintasan manual, melibatkan lebih 100,000 liter petrol dengan nilai subsidi kerajaan melebihi RM270,000.

"Tindakan ini diambil berikutan beberapa aduan daripada penerima Budi Madani yang mendapati maklumat MyKad masing-masing digunakan tanpa pengetahuan mereka untuk membeli petrol bersubsidi. Kesemua pengadu telah membuat laporan polis.