Kuala Lumpur: Skuad hoki lelaki negara terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan China 5-4 dalam aksi pertama saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di Stadium Hoki Olimpian Surjit Singh, hari ini.
Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 menerusi gol padang Azrai Aizad Abu Kamal untuk mendahului 1-0.
Namun, China bangkit dengan dua gol pantas menerusi Wang Yaqi pada minit ke-11 dan Ne Moda seminit kemudian untuk mendahului 2-1.
Bagaimanapun, skuad negara kekal tenang apabila Azrai menjaringkan gol keduanya pada minit ke-14 untuk menyamakan kedudukan 2-2 sebelum Akhimullah Anuar Esook meletakkan Malaysia kembali di depan seminit kemudian.









