PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Brendon Carolan memasang sasaran untuk melonjakkan kedudukan Malaysia ke kelompok 12 terbaik dunia menerusi saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) yang berlangsung dari 27 Oktober hingga 5 November ini.

Malaysia yang kini menghuni ranking ke-14 dunia berpeluang merapatkan jurang mata dengan pasukan di kedudukan ke-12 yang kini dihuni Pakistan, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan mereka dalam kejohanan tersebut.

Brendon berkata, perbezaan sekitar 20 hingga 27 mata antara kedua-dua kedudukan itu menjadikan ACT medan penting buat Speedy Tigers untuk mengutip mata berharga, sekali gus memperbaiki kedudukan dalam ranking Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).