Beijing: Dalam mencari pilihan yang lebih menjimatkan dan mudah dijaga, segelintir belia di China kini memilih alternatif luar biasa dengan menjadikan batu bata sebagai 'haiwan peliharaan' berbanding memelihara haiwan atau membesarkan anak.
Walaupun tidak boleh dibelai seperti kucing atau memberikan kepuasan hidup seperti membesarkan zuriat sendiri, batu bata hampir tidak memerlukan kos penjagaan.
"Tiada kucing, tidak keluar berjanji temu, saya mula membela batu bata," tulis seorang pemilik di media sosial seperti yang dilaporkan The Guardian.
Menjaga 'anak batu bata' juga dikatakan lebih mudah berbanding memelihara tanaman hiasan kerana pemilik hanya perlu menyembur air beberapa kali sehari dan membiarkan spora lumut di udara melekat dan tumbuh pada permukaannya.









