Kuala Lumpur: Kerajaan kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang, termasuk tuntutan saman sivil terhadap MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Berhad berikutan kegagalan melunaskan keseluruhan tunggakan hasil kerajaan berserta penalti dalam tempoh yang ditetapkan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan, wang kutipan hasil kerajaan tidak dibenarkan dijadikan sebahagian daripada dana operasi syarikat.

Katanya, sebarang kelewatan menyerahkan wang berkenaan dikategorikan sebagai pelanggaran terma perjanjian yang serius.

"Susulan kegagalan syarikat memindahkan kutipan hasil JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) kepada Kerajaan melalui surat bertarikh 2 Oktober lalu menamatkan perkhidmatan syarikat MyEG dan Zetrix AI Bhd sebagai ejen pemungut JPJ berkuat kuasa pada 5 Oktober 2026.