Iskandar Puteri: Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas membelasah kelab dari Thailand, Port FC 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Xisco Munoz mengumpul tujuh mata dan melonjak ke tangga kedua kumpulan Zon Timur buat seketika manakala skuad kendalian Bozidar Bandovic masih dengan tanpa sebarang mata selepas tewas kali ketiga berturut-turut.
JDT melakukan serangan menerusi kapten Arif Aiman Hanapi pada minit ke-11, namun hantaran lintangnya gagal disambar Shahab Zahedi.
Peluang terhidang Harimau Selatan membuka tirai pada minit ke-18 terlepas begitu sahaja apabila sepakan percuma Oscar Arribas dari jarak 25 meter hanya sipi ketika penjaga gol, Michael Falkesgaard sudah mati langkah.









