PETALING JAYA: Pasukan bola baling lelaki bawah 18 tahun (B-18) Malaysia muncul naib juara kejohanan IHF Trophy (U18) Zon 1B Asia 2026 selepas tewas kepada tuan rumah, Thailand pada Ahad lalu.
Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 29-34 pada perlawanan akhir di Thailand National Sport University yang menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan semangat juang tinggi.
Ketua jurulatih Malaysia, Syihabuddin Ismail berkata, skuad negara negara mempamerkan keupayaan untuk bersaing dengan Thailand, malah pernah mendahului lawan pada satu ketika.
Bagaimanapun katanya, beberapa peluang keemasan yang gagal dimanfaatkan, khususnya ketika serangan pantas menjadi antara faktor yang menyukarkan Malaysia untuk mengatasi tuan rumah.








