GEORGETOWN: Tahap keselamatan kediaman di Taman Seri Rambai, Paya Terubong di sini, berhampiran lokasi tanah runtuh akan diketahui dalam tempoh seminggu selepas laporan berkaitan dikeluarkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, laporan itu akan menentukan sama ada rumah berkenaan selamat bagi diduduki atau sebaliknya.

Beliau berkata, pada masa ini penghuni semua enam rumah terpaksa berpindah keluar susulan kejadian tanah runtuh hingga mengorbankan seorang lelaki warga emas pada Ahad lalu.

"Kita sudah mengadakan mesyuarat bersama beberapa agensi dan jabatan di peringkat Daerah Timur Laut pagi tadi, yang mana kita diberi tempoh selama satu minggu bagi memutuskan untuk penghuni lain masuk ke kediaman masing-masing.