KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, di tengah-tengah penantian terhadap keputusan dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada minggu ini, menurut seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit menyusut sedikit kepada 4.0865/0900 berbanding dolar AS, daripada paras 4.0855/0895 pada Isnin.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata harga minyak mentah Brent kekal tinggi pada sekitar AS$116 setong, menunjukkan risiko inflasi lebih tinggi yang mungkin mempengaruhi pendirian dasar monetari FOMC.
"Buat masa ini, ringgit agak stabil walaupun ketidakpastian yang semakin meningkat," katanya kepada Bernama.






