MANCHESTER: Pemilik Manchester City, Sheikh Mansour melabur sebanyak £100 juta (RM544 juta) lagi ke dalam City Football Group tatkala proses rayuan kelab itu terus berjalan.
Juara lapan kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu didapati bersalah atas 114 daripada 115 pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka bulan lalu.
Mereka mengesahkan bahawa mereka akan mengemukakan rayuan yang kini akan didengar oleh satu lagi suruhanjaya bebas dan kekal mempertahankan bahawa mereka tidak bersalah.
Ketika perkara itu sedang berjalan, nampaknya Mansour kekal berminat untuk menyalurkan wang ke dalam pasukan dan portfolio bola sepaknya.








