KUALA LUMPUR: Pelaburan bernilai AS$50 bilion dalam sektor kecerdasan buatan (AI) di Sarawak dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan ekonomi wilayah Borneo, khususnya menerusi penjanaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta limpahan ekonomi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, berkata perkembangan itu mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengetengahkan potensi kedua-dua negeri itu di peringkat antarabangsa.
"Kami amat mengalu-alukan penglibatan Sarawak dalam bidang AI ini kerana ia bukan sahaja melonjakkan ekonomi negeri dan membuka peluang kerjaya kepada anak tempatan, malah limpahan manfaatnya turut akan dinikmati Sabah.








