ISKANDAR PUTERI: Polis menahan tiga daripada empat lelaki yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan yang mana video kejadian itu tular di media sosial, hari ini.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata mereka ditahan terdiri seorang warga tempatan dan dua warga Filipina.
"Hasil saringan air kencing mendapati dua suspek positif methamphetamine. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan suspek yang masih bebas dan mengenal pasti pembabitan mereka dalam kegiatan jenayah lain.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mempunyai niat untuk mencuri kabel," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.








