KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh YNH Property Bhd, YNH Construction Sdn Bhd, mencapai penyelesaian secara baik dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung liabiliti cukai tertunggak yang menyebabkan petisyen penggulungan difailkan terhadap syarikat itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu memaklumkan perkembangan berkenaan membawa kepada penyelesaian yang membina setelah perbincangan berterusan antara YNH Construction dan LHDN berhubung liabiliti cukai tertunggak yang menyebabkan petisyen penggulungan difailkan pada Mac 2026.

"Ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi pada 16 Julai 2026, tiada perintah penggulungan dikeluarkan ke atas YNH Construction. Susulan rundingan berterusan antara kedua-dua pihak, LHDN mengesahkan melalui surat bertarikh 23 Oktober 2026 bahawa petisyen penggulungan itu akan ditarik balik.