Masjid Tanah: Perbincangan Barisan Nasional (BN) Melaka dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam dianggap positif, kata Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pengerusi BN negeri itu berkata, pertemuan terbabit hampir menemui jalan penyelesaian, namun keputusan mengenainya masih belum boleh diumumkan.

"Perbincangan baik, bagus, dapat meleraikan beberapa kebuntuan yang selama ini menimbulkan tanda tanya.

"Kita tunggu mungkin MCA akan memberikan hasil (keputusan) daripada rundingan yang dibincangkan malam tadi (semalam)," katanya selepas menghadiri pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Masjid Tanah di Villa d' Acqua Kampung Pulau, di sini, malam ini.