Putrajaya: The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) merangkul empat pengiktirafan sempena Anugerah Media Akademi Dalam Industri (ADI) 2026 yang berlangsung malam ini.

Tiga daripada empat anugerah itu diterima melalui dua wakil New Straits Times (NST), manakala satu lagi menerusi Berita Harian (BH).

Iylia Marsya Iskandar dari NST meraih tempat kedua kategori media sosial (video pendek), sekali gus membawa pulang RM7,000 menerusi karya bertajuk 'Get A Job. Get Paid. Get Certified. At The Same Time With ADI'.

Iylia turut menerima hadiah sagu hati bernilai RM1,000 bagi kategori media cetak dan portal berita menerusi artikel bertajuk 'ADI Helps Bridge Malaysia Skills Gap'.