KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih pencapaian cemerlangdalam penyelidikan apabila hasil inovasinya yang berteraskan teknologi pemantauan ekosistem marin dan karbon biru dinobatkan sebagai penerima Anugerah Best of TheBest bagi Pertandingan Reka Cipta (PEREKA) bersempena kemuncak Borneo Festivalof Ideas (BFOI) 2026.

Projek bertajuk “Precision Blue Carbon Module: Drone Intelligence for High-Resolution Seagrass Habitat Monitoring” hasil penyelidikan pensyarah Institut Marin Borneo UMS, Ts. Gs. Dr. Chong Wei Sheng itu memanfaatkan penggunaan teknologidron pintar untuk memantau habitat rumput laut dengan lebih terperinci.

Inovasi berkenaan memberi tumpuan kepada pemantauan ekosistem rumput lautyang berperanan penting dalam menyerap dan menyimpan karbon biru, selain menyokong pemuliharaan biodiversiti marin serta kelestarian sumber laut.