ISKANDAR PUTERI – Tiga lelaki termasuk dua warga Filipina ditahan selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis sebelum memasuki Lebuhraya Linkedua secara melawan arus, awal pagi Selasa.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu berlaku ketika anggota Unit Kereta Peronda (MPV) menjalankan rondaan pencegahan jenayah di Jalan Persiaran SILC, Gelang Patah."Anggota polis mengesan sebuah kereta Perodua Alza dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan."Bagaimanapun, pemandu bertindak memecut dan melarikan diri sehingga memasuki Lebuhraya Linkedua secara melawan arus sebelum meninggalkan kenderaan di Jalan Suria 2, Masai," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.Beliau berkata, hasil operasi dijalankan, tiga suspek berjaya ditahan manakala seorang lagi masih diburu."Pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemukan satu alat pemotong kabel dan tiga telefon bimbit yang dirampas bersama kereta berkenaan."Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mempunyai niat untuk mencuri kabel," katanya.Radin Ramlan berkata, hasil saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine.Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan suspek yang melarikan diri serta mengenal pasti kemungkinan penglibatan mereka dalam kegiatan jenayah lain."Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," ujarnya.
Tiga lelaki ditahan selepas pecut lawan arus di Linkedua

Key takeaways
Tiga lelaki ditahan selepas melarikan diri daripada polis dan memasuki lebuhraya secara melawan arus.
- Tiga lelaki termasuk dua warga Filipina ditahan selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis.
- Kenderaan yang dinaiki ditemui mempunyai alat pemotong kabel dan telefon bimbit yang dirampas.
- Dua daripada suspek positif dadah methamphetamine selepas ujian air kencing.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Tiga lelaki ditahan selepas pecut lawan arus di Linkedua (this story)







