SHAH ALAM – Pemilihan perunding luar untuk menguruskan tiga ekor gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (DAK), di Zoo Tennoji, Jepun, dipersoalkan aktivis haiwan yang mahu pihak berkuasa menjelaskan asas pemilihan itu serta peranan kepakaran tempatan dalam menentukan kebajikan haiwan berkenaan.Pegawai Perhubungan DaraAmoiKelat 24434, Sharifah Muhammad berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Zoo Taiping & Night Safari sewajarnya diberikan peranan penting dalam menentukan pendekatan pengurusan ketiga-tiga gajah itu selepas pemindahan mereka.Menurutnya, Perhilitan mempunyai tanggungjawab dalam pengurusan hidupan liar negara, manakala Zoo Taiping merupakan institusi yang mempunyai pengalaman menjaga DAK sebelum mereka dipindahkan ke Jepun.Beliau mempersoalkan mengapa perbandingan antara kepakaran pasukan tempatan dengan Elephant Business Inc tidak dibentangkan kepada umum sebelum keputusan dibuat."Kami bukan mengatakan pakar luar tidak diperlukan kerana kerjasama antarabangsa boleh membawa manfaat."Namun, apakah asas pemilihan perunding itu dan apakah bukti pendekatan berkenaan lebih sesuai untuk DAK berbanding kaedah alternatif?" katanya dalam satu kenyataan.DAK adalah tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping & Night Safari yang dipindahkan ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun pada Mac 2026Sharifah berkata, pihak berkuasa dan pengurusan zoo perlu menjelaskan pihak yang bertanggungjawab membuat keputusan, asas saintifik yang digunakan serta mekanisme penilaian kebajikan setiap gajah secara bebas.Beliau berkata demikian bagi pihak aktivis yang bergerak atas nama DaraAmoiKelat 24434 bersama PERKAM, Pertubuhan Ihsan dan SR Raws.Rekod pengendalian gajah perlu dinilaiDalam pada itu, Sharifah turut membangkitkan kontroversi pengendalian seekor gajah Afrika betina bernama Dunda pada 1988 ketika Alan Roocroft bertugas sebagai penyelia gajah di San Diego Wild Animal Park.Menurutnya, rekod sejarah berkenaan wajar diteliti secara menyeluruh, termasuk laporan yang merekodkan dapatan serius Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA).Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa tiada pendakwaan jenayah dibuat dalam kes berkenaan dan rekod itu tidak semestinya membuktikan setiap kaedah pengurusan Roocroft atau Elephant Business Inc pada masa kini tidak sesuai.Sebaliknya, katanya, sejarah tersebut menjadi alasan untuk menilai secara kritis falsafah, protokol dan kaedah pengendalian gajah yang digunakan ketika ini."Pihak yang memilih perunding dengan rekod sejarah sedemikian perlu menjelaskan prinsip pengurusan yang digunakan sekarang, perubahan yang dilakukan sejak dahulu dan bukti keberkesanannya," katanya.Kebajikan DAK perlu diutamakanSharifah berkata, Dara, Amoi dan Kelat bukan gajah liar yang baru ditangkap, sebaliknya mempunyai pengalaman hidup dalam jagaan manusia serta hubungan dengan penjaga mereka di Malaysia.Justeru, katanya, faktor pengalaman hidup, hubungan sosial dan tindak balas setiap gajah perlu diambil kira dalam proses penyes
Mengapa Perhilitan, Zoo Taiping tidak urus DAK di Jepun?

Key takeaways
Aktivis haiwan mempersoalkan pemilihan perunding luar untuk uruskan gajah Malaysia di Jepun.
- Perhilitan dan Zoo Taiping sepatutnya terlibat dalam pengurusan gajah.
- Kepakaran tempatan tidak dibandingkan dengan perunding luar.
- Pihak berkuasa perlu jelaskan asas dan mekanisme pengurusan gajah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SINAR HARIAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗







